Terma dan Syarat
1.0 Kenderaan
i. Penyewa hanya
boleh memandu di Semenanjung Malaysia sahaja.
ii. Jika mana-mana
kemalangan kecil yang berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik
pulih di bawah RM3, 000), pelanggan perlu menanggung semua jumlah kos membaik
pulih.
iii. Jika mana-mana
kemalangan besar yang berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik pulih
melebihi RM3, 000), pelanggan perlu membayar excess clause antara RM1,800 ke
RM4,500, bergantung model kepada kenderaan.
2.0 Keperluan
Pemandu
i. Penyewa mesti
mempunyai lesen memandu kereta yang sah Malaysia dan kad pengenalan.
ii. Warga Asing
mesti memegang lesen memandu antarabangsa yang sah dan pasport yang sah.
3.0 Tempoh
Sewaan
i. Tempoh sewaan
minimum ialah satu hari. Satu hari di kira sebagai 24 jam.
4.0 Petrol,
Parking Fee, Bayaran Tol, dan kesalahan yang berkaitan
i. Kadar sewa
tidak termasuk petrol, bayaran letak kereta, saman, yuran tol dan lain-lain
yang berkaitan trafik.
ii. Penyewa akan
bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa saman atau denda yang dikeluarkan
oleh polis trafik Malaysia, jabatan pengangkutan jalan atau pihak berkuasa
perbandaran tempatan.
5.0 Mengambil
Kenderaan
i. Semasa
mengambil kenderaan, penyewa perlu mengemukakan: salinan Kad Pengenalan,
salinan lesen, bil utiliti spt Astro, Bil air atau bil api terkini dan membuat
jumlah penuh pembayaran (Sewa + Deposit)
ii. Sekiranya
penyewa ingin kenderaan di hantar selain dari kawasan Cheng, bayaran Grab
sebanyak RM20.00 akan dikenakan
6.0 Deposit
i. Bayaran
deposit sebanyak RM30.00 untuk booking diperlukan. Tempahan yang dibuat tanpa
deposit dianggap sebagai pertanyaan sahaja dan pihak kami tidak
bertanggungjawab sekiranya kenderaan yang ditempah tidak diperolehi pada tarikh
booking.
ii. Deposit
keselamatan sebanyak RM100.00 dan kami akan membayar balik semula kepada semua
deposit setelah kereta tersebut dikembalikan kepada kami sama seperti keadaan
asal, tanpa saman, dan kemalangan.
iii. Dalam kes di
mana satu caj tambahan diperlukan untuk sewa kereta, ia akan ditolak daripada
deposit dan bakinya akan dibayar balik kepada penyewa, setelah kenderaan
dikembalikan.
7.0 Cara
Pembayaran
i. Cara
pembayaran adalah secara tunai. Kadar tercatat adalah dalam mata wang Ringgit
Malaysia.
8.0 Kesediaan
Kenderaan
i. Semua sewa
tertakluk kepada ketersediaan kereta
ii. Sekiranya
deposit tempahan telah diletakkan dan kenderaan itu tidak boleh disediakan pada
masa pengambilan, penyewa akan diuntukkan dengan kenderaan lain dengan
keupayaan yang sama.
9.0 Pemulangan
Lewat.
i. Kereta disewa
perlu dikembalikan menurut masa yang
ditetapkan.
ii. Apa-apa
kelewatan pemulangan kereta, penyewa akan dikenakan caj tambahan mengikut masa
kelewatan.
10.0 Pengecualian
i. Kenderaan yang
disewa tidak boleh digunakan untuk tujuan yang haram.
ii. Kenderaan yang
disewa tidak boleh dikendalikan oleh mana-mana orang lain selain daripada
penyewa itu.
iii. Kenderaan yang
disewa tidak boleh digunakan untuk membawa penumpang, barang-barang atau
bahan-bahan yang berlebihan.
iv. Kenderaan yang
disewa tidak boleh digunakan untuk menolak, menggerakkan atau tunda kenderaan
lain, treler atau apa-apa benda lain.
v. Kenderaan yang
disewa tidak boleh digunakan untuk mana-mana perlumbaan atau dalam mana-mana
pertandingan.
vi. Penyewa
perlulah memastikan kenderaan itu tidak dikendalikan dengan cara yang cuai.